Saturday, June 23, 2012

Kagawa Jalani Ujian Perubatan


TOKYO: Pemain antarabangsa Jepun, Shinji Kagawa akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan semakin hampir melengkapkan perpindahan ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.
Bintang berusia 23 tahun dan bekas pemain Borussia Dortmund itu meninggalkan lapangan terbang Narita lewat malam tadi dan dijangka tiba di Manchester hari ini.

“Ia hanya pemeriksaan kesihatan. Saya harap ia berakhir tanpa sebarang masalah,” kata pemain tengah itu yang membantu Dortmund memenangi kejuaraan Bundesliga buat musim kedua berturut-turut.

Kagawa yang berhijrah ke Dortmund pada 2010 dari kelab Liga-J, Cerezo Osaka berkata, dia mungkin tidak sempat melihat kemudahan baru kelab itu termasuk padang Old Trafford dalam kunjungan singkatnya itu.

Kagawa berkata bos baru, Alex Ferguson sudah berjanji menggunakannya di belakang penyerang tengah dalam formasi 4-4-1-1, menurut akhbar harian utama Asahi Shimbun.


United mengumumkan awal bulan ini bersetuju membeli Kagawa dari Dortmund yang akan lengkap sebaik dia lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat permit kerja Britain. - AFP

Thursday, October 13, 2011

ROONEY digantung 3 perlawanan...



NYON: Penyerang England, Wayne Rooney digantung tiga perlawanan UEFA selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Montenegro sekali gus menyebabkannya tidak dapat beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan Euro 2012.

Rooney, bintang Manchester United diperintah keluar padang pada minit ke-74 ketika seri 2-2 di Podgorica Jumaat lalu pada perlawanan kelayakan terakhir England yang menyaksikan dia mengasari Miodrag Dzudovic.

"Badan Kawalan dan Disiplin UEFA mengenakan penggantungan tiga perlawanan ke atas penyerang England, Wayne Rooney selepas dibuang padang ketika perlawanan kelayakan Euro 2012 UEFA di Montenegro Jumaat lalu," kata UEFA dalam kenyataan.

Sunday, October 2, 2011

EPL | Tottenham VS Arsenal | Live Streaming (2/10/2011)


Perlawanan tumpuan pada minggu ini...

Tottenham VS Arsenal (11mlm)...

Live Streaming:

Link 1

Link 2

Link 3


p/s: link akan diberikan 30minit sebelum perlawanan

Friday, September 30, 2011

EPL | Liverpool VS Evertoon | Perlawanan Tumpuan EPL (1/10/2011)





Perlawanan tumpuan minggun ini pastinya perlawanan antara Liverpool VS Evertoon..

Perlawanan antara dua jiran setempat ini pastinya dinantikan oleh semua peminat di seluruh dunia..


Jom kita saksikan record pertemuan kedua-dua pasukan ini...






EPL| Jadual Perlawanan EPL (1-2/10/2011)


Jangan lupa saksikan perlawanan EPL minggu ini..